Please fill in the form for your order

Name:
Can we help you?
Email Address:
Contact No.
Mailing Address: (Product will be send directly to this address without further enquiry)
Orders and additional notes
Where did you hear about us?

Click here to create your own form.

Wednesday, April 28, 2010

Promotion - Can this be a Mother's Day Gift or a Teacher's Day gift?


PROMOSI...PROMOSI...PROMOSI...
-SOLD-


BOLEH KE SET NI DIJADIKAN HADIAH KEPADA IBU TERSAYANG SEMPENA

MOTHER'S DAY ATAU JUGA BUAT GURU YANG PALING ANDA INGATI SELAMA INI SEMPENA HARI GURU?

Ha, kalau berminat, apa lagi, sambar cepat sebab yang ini ada satu aje dalam stok hehe...

Untuk promosi, set ini saya jual dengan harga RM35 aje - tidak termasuk penghantaran (harga asal bagi kedua-duanya RM40.90 - tidak termasuk penghantaran) Dan jangan lupa pada mystery gift yang anda akan dapat :)

Siapa cepat dia dapat!

Nota: Yang dipamerkan adalah stok yang dah siap, anda boleh tempah jika berkenan di hati, setiap tempahan saya minta 2-3 hari untuk buat bergantung pada kesukaran produk, dan terma bayarannya pula kena bayar dulu, baru boleh saya mula menjahit...al-maklum sahajalah, kan?

Shell pouch - Suraya

SURAYA 01 - SOLD

Ini design baru -Suraya namanya. Saya suka design ni yang saya tengok dari Jepun. Sangat ketagih dengan kraftangan dari Jepun, mereka sangat teliti dan rekaan juga sangat unik!

Okey, yang ini di panggil shellpouch - Suraya, mungkin sebab nampak macam shell sikit kerana ada 2 pleats di kedua-dua belah di bahagian base-nya, dan disebabkan pleats ini juga, pouch ni jadi puffy bila diisi barang ke dalamnya. Juga roomy!










Di bahagian base-nya, untuk menutup jahitan di tempat pleats tu saya jahitkan satin bias binding. Dan macam biasa pada zipnya saya tambahkan manik kayu yang diikat menggunakan tali cotton.

Bahagian lining pula saya menggunakan fabrik upholstery dan dibahagian tepi (lining) saya gemar menggunakan bias binding untuk menutup jahitan supaya lebih kemas.

Pouch ni kecil aje, jadi, sesuai untuk diletakkan aksesori rambut (getah rambut, klip rambut dan sebagainya).


Saiz anggaran: 15cm (lebar zip ke zip) x 10cm (tinggi)


Harga: RM12.90


SELAMAT MENJAMU MATA!

Nadiah

NADIAH 02 - SOLD


Baru aje selesai membuat pouch Nadiah ni, kedua-dua fabrik (exterior dan lining) diapit dengan interfacing, jadi sangat stabil dan mengekalkan bentuk kotaknya. Dalam ada 1 poket di dalam, mulanya nak ubah sikit poket nak buat bellows pocket, tapi, miscalculation sikit si terpaksa kekalkan poket original tu...
Tapi, ada juga pengalaman, selepas ni nak ubah permenantly poketnya. Saya sangat tertarik dengan bellows pocket selepas melihat blog MyBotang Crafty Corner
Nadiah ni menggunakan fabrik yang ehem, agak mahal begitu juga lining-nya, jadi harga pun agak meningkat sikit, tapi saya jamin, saya masih mengekalkan kualiti jahitannya.
Ada juga handle untuk senang dibawa.

Saiz (anggaran): 22cm (panjang) x 8cm (lebar) x 13.5cm (tinggi)

Harga: RM28 (tidak termasuk penghantaran)

Tuesday, April 27, 2010

Order dari Puan Ira


Mulai hari ini, saya nak tunjukkan apa yang di tempah oleh customers little-iro-iro, dan apa pula free gift yang mereka dapat supaya anda semua *drooling* hehe...Taklah, saja melawak, saya nak share apa yang boleh dibuat dengan fabrik-fabrik lain tu, mungkin ada yang tak nampak gambaran...
Tapi penyiaran gambar tempahan hanya setelah pelanggan dah dapat apa yang mereka tempah, tak adil pula orang lain tau dulu surprise-nya kan?
Tiga hari juga saya ambil masa untuk buat order dari Puan Ira, nasib baik dalam limit masa yang saya tetapkan...Mesti disiapkan dalam masa 2-3 hari bergantung dengan jenis produk dan itulah janji saya :)
Dan kualiti jahitan masih menjadi keutamaan saya. Sepatutnya boleh siap dalam masa 2 hari ni, tapi anak bongsu saya tah la kenapa, pantang sungguh tengok saya duduk dekat meja mesin jahit tu, mula dia merengek...
Puan Ira order 2 ways Nellysa, saya dah ubah permenantly design-nya supaya lebih kemas dan lebih cantik, Azalea dan Nicky, semua menggunakan fabrik sama dan yang lagi dua yang terletak di bawah pouch Azalea tu, free gift saya untuk Puan Ira. Bila saya rasa nak bagi, apa saja dalam simpanan saya, saya sertakan sekali :)
Harap Puan Ira suka dengan beg-beg yang di-order-nya tu ye :) Kalau puas hati dengan little-iro-iro, boleh order lagi yee... :)
Terima kasih!!!

Thursday, April 22, 2010

Tengok dulu ya!


Selamat malam para tetamu yang datang berkunjung. Dah malam ni, hai, anak pula tengah menyusu, tapi mesti upload juga gambar beg terbaru ni, custom made dari seorang pelanggan yang mungkin sedang menunggu gambar beg ni.
Inilah Baby Jue, nama design ni, sempena pelanggan yang memberi idea kepada pembuatan bag organizer ni.
Tote bag ni kalau sekali tengok memang nampak macam baby bag, kan? Tetapi bagi saya, ianya lebih kepada tote bag organizer cum diapers bag, boleh lah kalau nak guna kedua-duanya. Jadi, tidaklah terhad baby bag anda, asalkan ada tote bag yang besar sikit dari organizer ni, dah boleh jadi baby bag!
Sebagai closure saya gunakan riben velvet warna hitam.
Handles-nya saya guna webbing dan dijahit fabrik yang sama dengan beg tu ke atasnya. Ada 5 poket di luar, 2poket di sebelah dan 3 poket disebelah lagi satu tu. Sebelah dalam pula di bahagian tepi ada 2 poket untuk letak botol susu bersaiz biasa (habis besar pun botol coca-cola kecil tu)
Walaupun kecil, agak roomy juga pada sayalah, sebab saya pun kurang pasti banyak mana barang yang ibu-ibu selalu bawa dalam baby bag ni :)
Ukurannya, esok saya update di post yang sama dan harganya jika menggunakan fabrik jacquard seperti ini adalah RM38 (tidak termasuk penghantaran). Boleh juga request untuk matching tote bag bagi organizer ini, harganya nanti saya habaq, sebab hehe...nak bagi tidur baby dulu ni, dah terlena pun atas riba saya...
Selamat malam!!
Okay, saya sambung aje ni...
Beg ni di sebelah liningnya ada interfacing supaya lebih tebal dan terletak. Handlesnya pula jenis bimbit (handheld) aje...Boleh tempah sekali dengan tote bag yang matching ye, jangan segan-segan hehe...
Ukuran (anggaran)
Sisi: 11cm
Lebar: 32.5cm
Tinggi: 25cm
Handles: 30cm
Harga: Jika menggunakan heavy jacquard seperti fabrik diatas ni RM38 (tidak termasuk penghantaran)

Tuesday, April 20, 2010

2 ways Nellysa

NELLYSA 01 - AVAILABLE 1 IN STOCK - READY TO SHIP...AHOY!
  • Cara pertama dan kedua nak bawa beg Nellysa.


  • Cara ketiga nak bawa beg Nellysa

Dah 2 hari siap beg Nellysa ni tapi hari ni baru rasa nak upload gambarnya. Nak buat Nellysa ni memang mencabar, maklum kena baca tulisan Jepun, bukan main tergeliat mata (ada ke penerangan macam tu?). Okay, beg ni boleh dibawa pelbagai cara.
  • Galas di bahu tanpa menarik tali drawstring.
  • Galas di bahu dengan menarik tali drawstring.
  • Bimbit di tangan tanpa menarik tali drawstring.
  • Bimbit di tangan dengan menarik tali drawstring.

  • Cara keempat nak bawa beg Nellysa

Ni handles untuk bimbit tangan

Ni pula poket dalam, ada dua poket sebelah menyebelah dan jenis poket pula soft dan slot pocket.


Inilah tali drawstring yang digunakan, iaitu tali cotton dan dihiasi 6 biji wooden beads setiap hujung tali.




Seperti biasa, saya suka gunakan novelty button dari button planet


Fabrik yang digunakan adalah dari jenis cotton yang lembut (fabrik yang berbunga) dilapik dengan fabrik jacquard menggantikan interfacing supaya lebih tebal dan senang untuk proses menjahit. Bagi lining atau fabrik yang warna creamy, saya menggunakan fabrik yang tebal (upholstery fabric). Cuma pada poket sahaja saya tidak menggunakan interfacing, jadi agak lembut sikit.
Bagi handles pula (galas bahu dan bimbit tangan) saya menggunakan kedua-dua jenis fabrik dan bertindih diantara satu sama lain selain menggunakan interfacing didalamnya.
Tali drawstring pula saya tocangkan tali cotton dan saya hiasi dengan wooden beads (sebanyak 6 biji digunakan) dihujung setiap tali cotton.


Saya juga menggunakan 4 biji butang kayu untuk menutup bahagian jahitan handles bimbit tangan, masih ada kekurangan pada jahitan yang sangat saya tak puas hati, taklah teruk sangat cuma saya tak puas hati walaupun dah 3-4 kali saya janhit dan buka semula jahitannya...

Ukuran (anggaran)

Handles galas bahu (hujung ke hujung): 77 1/2cm dan lebar 4cm
Handles bimbit tangan: 20 1/2cm dan lebar 2cm
Lebar beg: 42cm
Tinggi beg: 40cm
Tapak beg: 10cm
Harga: RM62 (tidak termasuk penghantaran)

Wednesday, April 14, 2010

Nicky!

NICKY 02 - AVAILABLE - READY TO SHIP...AHOY!







Siap juga seperti yang dijanjikan. Nicky...oh Nicky, drawstring pouch yang kecil ni. Nicky ni dibuat dari fabrik cotton yang lembut dan saya alas dengan kain jacquard yang tebal sikit supaya senang nak menjahit dan dalam masa yang sama mengekalkan bentuknya.

Ada satu poket kecil di bahagian depan dan novelty button dijahit tangan di atas poket kecil tersebut. Pada tali drawstring pula saya tambahkan 2 wooden beads sebagai hiasan.

Lining menggunakan kain plain yang sama dengan poket. Handles-nya pula agak lembut sebab saya tidak menggunakan interfacing. Lembut dan selesa untuk dipegang.

Ukuran (anggaran): 25cm (tinggi) x 22.5cm (lebar) x 4cm (tapak)

Harga: RM22 (tidak termasuk penghantaran)

Pink Stripes Katsarin is available again...

AVAILABLE - 1 IN STOCK, READY TO SHIP...AHOY!!
-SOLD-

Memandangkan ada masalah teknikal sikit, tuan yang sepatutnya menjadi pemilik Katsarin ni tak dapat nak mengambil Katsarin ni, jadi, saya buka balik jualan Katsarin yang ini kepada semua. Cuma satu ni aje yang tinggal. Siapa cepat, dia dapat ye, no booking without payment, sorry. Mistake learned.

Harga tetap sama RM20 (tidak termasuk penghantaran), Katsarin ni dah memang ready to ship dah. Cuma tinggal nama penerimanya aje..err, dan bayaran :)
Terima kasih!!

Tuesday, April 13, 2010

New Jaja

JAJA 02 - SOLD
BOLEH ORDER LAGI KERANA FABRIK NI MASIH ADA DALAM SIMPANAN

Okey, yang ini ialah Jaja yang baru siap. Saya menggunakan fabrik cotton lembut berbunga coklat lembut, saya lapik kan dengan kain jacquard tebal untuk menjadikannya lebih keras dan mengekalkan bentuk segi tiga. Bahagian dalamnya saya menggunakan pinking shear untuk kemasan tepi sebab saya pernah cuba guna serger tetapi hasilnya sangat kurang memuaskan...Pinking pun dah okey sebab fabrik tu dah tak berserabut :)
Ukuran (anggaran): 7.5cm - tinggi) (segitiga sama)
Harga: RM12.90 (tidak termasuk penghantaran)
Memang mencabar nak buat coin pouch ni terutama sekali bila nak jahit bahagian bucu segi tiga :( tapi, berbaloi juga bila lihat hasilnya!) Lupa nak update, pada bahagian zipnya, saya tambah tali cotton dan manik kayu sebagai hiasan.
LATEST UPDATE: Tengah perah otak nak buat NICKY pula menggunakan fabrik berbunga ni juga.
Harapnya sempat siap untuk upload post esok!
ENJOY!

Sunday, April 11, 2010

AZALEA lagi


Semalam saya menyiapkan 4 mini pouch AZALEA. Dua dari corak yang macam berconteng ni dan dua lagi dari corak belang timbul warna merah ni (fabrik warna merah ni mungkin nampak lain sikit dari warna asal kerana penetrasi cahaya semasa mengambil gambar pagi tadi).

Ukuran (anggaran) 15cm (panjang) x 8cm (lebar) x 7cm (tinggi)

Harga masih sama: RM11 (tidak termasuk penghantaran)



AZALEA 03 - AVAILABLE 2 IN STOCK (READY TO SHIP)

AZALEA 04 - AVAILABLE 2 IN STOCK (READY TO SHIP)

Harap anda berpuas hati dengan produk yang ada di little-iro-iro, sila datang selalu kerana saya akan upload produk baru sekurang-kurangnya setiap hari... (^.^)

Saturday, April 3, 2010

Pink Stripes Katsarin

KATSARIN 03 (AVAILABLE - 1 in stock, ready to ship...AHOY!!)

Seperti yang dijanjikan, saya meng-upload Katsarin. Katsarin yang ini masih mengekalkan ciri-ciri.
D-ring untuk strap, novelty button (alley cats, dari button planet) sebagai hiasan dan lining dari fabrik stripes yang sama. Kedua-dua kain adalah jenis kain upholstery dan tebal, jadi interfacing tidak dimasukkan.






Ukuran (anggaran): 22cm (lebar) x 29.5cm (tinggi) x 5cm (dalam)

Panjang strap: 28cm - sangat sesuai untuk wristlet.

Harga: RM20 (tidak termasuk penghantaran)

Happy surfing and thank you for supporting handmade products!

Friday, April 2, 2010

New Katsarin!

KATSARIN 02 - OUT OF STOCK


Hi semua, saya baru aje habis menjahit wristlet pouch bag Katsarin. Beg ni sebenarnya jika mengikut design, adalah beg kasut Jepun, tapi, bila menggunakan kain yang cantik, boleh jadi juga wristlet yang bergaya, kan?

Wristlet Katsarin ni simple aje, bahagian dalam menggunakan lining yang sama dengan design stripes luar dan tiada sebarang poket didalam, tetapi sebarang custom made bolehlah jika nak minta buat poket, kalau nak open pocket free aje, tetapi jika nak zippered pocket kena extra charge RM1 ye.

Di bahagian handle, saya ada attached d-ring dan juga novelty button (alley cats, dari button planet) sebagai aksesori tambahan, jadi tak nampak bosan sangat wristlet tu :)


Bahagian handles dijahit 2-3 kali untuk lebih kukuh.



Novelty button (alley cats, dari button planet). Novelty buttons mereka sangat comel dan cantik!


Yang ini bahagian lining dan handles-nya

Ukuran (anggaran): 22cm (lebar) x 29.5cm (tinggi) x 5cm (dalam)
Panjang handle: 28cm - setelah dilipat dua jadi 14cm, sesuai untuk wristlet.
Kedua-dua fabrik adalah fabrik upholstery, tebal, jadi saya tidak menggunakan sebarang interfacing!

P/S: Esok saya akan siapkan dan upload Katsarin stripes warna pink pula!
Selamat menjamu mata dan terima kasih kerana menyokong produk handmade!