Please fill in the form for your order

Name:
Can we help you?
Email Address:
Contact No.
Mailing Address: (Product will be send directly to this address without further enquiry)
Orders and additional notes
Where did you hear about us?

Click here to create your own form.
Showing posts with label suraya. Show all posts
Showing posts with label suraya. Show all posts

Saturday, May 1, 2010

Suraya...

SURAYA 02 - AVAILABLE 1 IN STOCK - READY TO SHIP...AHOY!


Rupanya shellpouch Suraya ni memang nampak macam shell bila kita dah letak barang kat dalamnya...hehe...

Macam yang hari tu juga, ada pleats di kedua-dua belah bahagian bawahnya. Selain itu saya hiaskan dengan riben satin warna putih untuk menutup jahitan pleats. Suraya menggunakan fabrik cotton lembut dan liningnya menggunakan fabrik upholstery yang tebal. Kedua-dua belah fabriknya di-interface sepenuhnya, jadi lebih tebal dan lembut...


BAHAGIAN DALAM SURAYA


RIBEN PUTIH MENGHIASI DI BAHAGIAN BAWAH DAN DI BAHAGIAN ZIPNYA DIIKAT TALI COTTON DAN WOODEN BEAD SEBAGAI HIASAN

Saiz anggaran: 15cm (hujung zip ke zip) x 10cm (tinggi)

Harga: RM12.90 (tidak termasuk penghantaran)

Untuk promosi Hari Ibu dan Hari Guru

NADIAH 03 (kiri) dan SURAYA 02

Dua hari tak ada internet di rumah, bagus juga, dapat siapkan banyak produk...hehe...Di atas adalah set untuk Hari Ibu dan Hari Guru sama macam yang saya upload dua hari lepas. Nadiah dan Suraya.

Gambar Suraya di atas tu bila diisi memang nampak macam shell, kan? Kedua-dua pouch ni di interface sepenuhnya, lembut dan tebal.

NOTA: Nadiah di atas ni ada kecacatan sikit, entah apalah yang bermain dalam fikiran saya semasa buat pouch ni sebab saya sepatutnya letak poket pada awal pembuatan, tetapi terlupa mengakibatkan jahitan poket kelihatan di bahagian luar, jadi harganya di tolak sikit menjadi RM26 (tidak termasuk penghantaran). Cacat pun taklah teruk, cuma saya rasa saya perlu beritahu anda supaya lebih adil, kan? Gambar di bawah adalah 'kecacatan'nya itu...

Ukuran anggaran untuk NADIAH : 22cm (panjang) x 8cm (lebar) x 13.5cm (tinggi)

Ukuran anggaran untuk SURAYA : 15cm (lebar zip ke zip) x 10cm (tinggi)

HARGA PROMOSI UNTUK SET RM35 (tidak termasuk penghantaran)

NAK BELI BERASINGAN PUN BOLEH JUGA (^.^)

Wednesday, April 28, 2010

Promotion - Can this be a Mother's Day Gift or a Teacher's Day gift?


PROMOSI...PROMOSI...PROMOSI...
-SOLD-


BOLEH KE SET NI DIJADIKAN HADIAH KEPADA IBU TERSAYANG SEMPENA

MOTHER'S DAY ATAU JUGA BUAT GURU YANG PALING ANDA INGATI SELAMA INI SEMPENA HARI GURU?

Ha, kalau berminat, apa lagi, sambar cepat sebab yang ini ada satu aje dalam stok hehe...

Untuk promosi, set ini saya jual dengan harga RM35 aje - tidak termasuk penghantaran (harga asal bagi kedua-duanya RM40.90 - tidak termasuk penghantaran) Dan jangan lupa pada mystery gift yang anda akan dapat :)

Siapa cepat dia dapat!

Nota: Yang dipamerkan adalah stok yang dah siap, anda boleh tempah jika berkenan di hati, setiap tempahan saya minta 2-3 hari untuk buat bergantung pada kesukaran produk, dan terma bayarannya pula kena bayar dulu, baru boleh saya mula menjahit...al-maklum sahajalah, kan?

Shell pouch - Suraya

SURAYA 01 - SOLD

Ini design baru -Suraya namanya. Saya suka design ni yang saya tengok dari Jepun. Sangat ketagih dengan kraftangan dari Jepun, mereka sangat teliti dan rekaan juga sangat unik!

Okey, yang ini di panggil shellpouch - Suraya, mungkin sebab nampak macam shell sikit kerana ada 2 pleats di kedua-dua belah di bahagian base-nya, dan disebabkan pleats ini juga, pouch ni jadi puffy bila diisi barang ke dalamnya. Juga roomy!










Di bahagian base-nya, untuk menutup jahitan di tempat pleats tu saya jahitkan satin bias binding. Dan macam biasa pada zipnya saya tambahkan manik kayu yang diikat menggunakan tali cotton.

Bahagian lining pula saya menggunakan fabrik upholstery dan dibahagian tepi (lining) saya gemar menggunakan bias binding untuk menutup jahitan supaya lebih kemas.

Pouch ni kecil aje, jadi, sesuai untuk diletakkan aksesori rambut (getah rambut, klip rambut dan sebagainya).


Saiz anggaran: 15cm (lebar zip ke zip) x 10cm (tinggi)


Harga: RM12.90


SELAMAT MENJAMU MATA!