Salam semua, semalam siap satu lagi Baby Jue Tote's Organizer untuk Cik Huda. Dua dia beli termasuk yang organizer yang sebelum ni :)
Ni lah rezeki baby kata orang.
Organizer ni menggunakan kain upholstery yang tebal berjalur merah hati timbul dan menggunakan lining upholstery warna merah jambu juga tebal dan kalis air. Mencabar juga menggunakan kain merah ni sebab jalurnyalah yang paling memberi masalah, sebab kena samakan jalur dan sebagainya, makan masa juga berbanding menggunakan kain lain sebelum ini...
Okey, selamat mencuci mata, Cik Huda, harap Cik Huda berpuas hati dengan organizer ni nanti ye. Terima kasih..
Semua features-nya sama, 7 bellows pockets di bahagian luar dan satu bellows pocket yang besar di bahagian dalam. Handles-nya menggunakan webbing yang kemudiannya di jahit fabrik luar yang sama. Saya menggunakan velcro sebagai closure.
*Warna kain ni vary sikit daripada warna asal, sebab dah bermacam cara saya guna nak perbaiki warna tak juga boleh...Asyik terang sampai tak nampak warna...
No comments:
Post a Comment