Please fill in the form for your order

Name:
Can we help you?
Email Address:
Contact No.
Mailing Address: (Product will be send directly to this address without further enquiry)
Orders and additional notes
Where did you hear about us?

Click here to create your own form.

Friday, June 11, 2010

DEANNA-messenger bag

DEANNA - SOLD TO SYIKIN, JAKARTA

Salam lagi,

Kali ni nak upload messenger bag - DEANNA pula, dah pun selamat dijual pada student kita yang belajar di Jakarta :) Syikin.



Menggunakan corak fabrik yang sama, tetapi warna bunga yang lain, DEANNA ini disertakan sekali dengan pencil case.


Terdapat satu poket berzip di bahagian dalam. Menggunakan velcro sebagai closure. Handles-nya menggunakan webbing dan dijahit fabrik sama di atasnya bagi effect 3D. Handles-nya juga adjustable. DEANNA sangat sesuai untuk dibawa santai aje, bukan untuk dibawa benda-benda berat macam beg sekolah, sesuai untuk golongan yang tak suka menggunakan handbag :) teenagers, mungkin?


PENCIL CASE DISERTAKAN SEKALI

Okey Syikin, harap Syikin berpuas hati...Selamat menduduki exam, semoga berjaya,
bakal jadi doktor ni :)


Baby Jue Tote's Organizer



Salam semua, semalam siap satu lagi Baby Jue Tote's Organizer untuk Cik Huda. Dua dia beli termasuk yang organizer yang sebelum ni :)

Ni lah rezeki baby kata orang.




Organizer ni menggunakan kain upholstery yang tebal berjalur merah hati timbul dan menggunakan lining upholstery warna merah jambu juga tebal dan kalis air. Mencabar juga menggunakan kain merah ni sebab jalurnyalah yang paling memberi masalah, sebab kena samakan jalur dan sebagainya, makan masa juga berbanding menggunakan kain lain sebelum ini...




Okey, selamat mencuci mata, Cik Huda, harap Cik Huda berpuas hati dengan organizer ni nanti ye. Terima kasih..
Semua features-nya sama, 7 bellows pockets di bahagian luar dan satu bellows pocket yang besar di bahagian dalam. Handles-nya menggunakan webbing yang kemudiannya di jahit fabrik luar yang sama. Saya menggunakan velcro sebagai closure.




*Warna kain ni vary sikit daripada warna asal, sebab dah bermacam cara saya guna nak perbaiki warna tak juga boleh...Asyik terang sampai tak nampak warna...

Tuesday, June 8, 2010

Baby Jue Tote Organizer

Salam semua, dalam minggu ni, semangat nak menjahit berkobar-kobar, maklum, akan meninggalkan mesin jahit tersayang selama 2 bulan sebagai persediaan saya untuk bersalin. Aish, rindu pula nanti nak menjahit...aduss...



Doakan saya cepat-cepat bersalin, cepat-cepat semuanya berjalan lancar dan boleh saya sambung semula hobi menjahit ni...isk..isk...


BABY JUE TOTE'S ORGANIZER - SOLD
Okey, sudahlah kot dengan dilema saya :) . Di sini saya baru selesai menjahit Baby Jue Tote Organizer. Sebenarnya organizer ni sudah pun di reserved untuk Cik Huda. Saya sangat suka fabrik bercorak untuk baby sejak akhir-akhir ni :) Pembawaan anak, mungkin? Tak kisah sebab memang seronok merasai pengalaman sebegini dan sememangnya memberi inspirasi untuk mencipta sesuatu yang baru untuk kedai saya.

Organizer ni sama juga seperti yang lalu, cuma yang lainnya, menggunakan lining upholstery yang tebal dan kalis air, dalam erti kata lain, The fabric is coated with kosh-guard, just wipe it off! Haha...iklan pula.



Secara peribadi, saya sangat suka lining ini dengan padanan warna yang sangat cantik dan kombinasi menjahitnya sangat mudah.

Merapu lagi eh? Haha...Okeylah, enjoy the pics...