Please fill in the form for your order

Name:
Can we help you?
Email Address:
Contact No.
Mailing Address: (Product will be send directly to this address without further enquiry)
Orders and additional notes
Where did you hear about us?

Click here to create your own form.

Saturday, May 29, 2010

PENGENALAN: Messenger bag - Deanna


Salam semua,
Malam ni cuma nak introduce produk baru di kedai kami. DEANNA-Messenger bag. Messenger bag ni jenis santai aje, bukan macam messenger bag yang digunakan untuk dibawa laptop atau ke sekolah. Ada satu poket berzip di bahagian dalam untuk diletakkan benda kecil seperti handphone dan sebagainya.


Messenger bag ni menggunakan adjustable strap. Strap menggunakan nylon webbing dan kemudiannya dijahit fabrik sama pada handle untuk mendapatkan effect 3D, yang mana saya sangat-sangat suka dengan hasilnya :)
Fabrik luar menggunakan swiss cotton prints dan di lining-nya menggunakan fabrik upholstery berwarna kuning lembut bercorak. Messenger bag ini menggunakan velcro sebagai closure. Memandangkan swiss cotton ini nipis, saya lapiskan dengan kain tebal dibahagian dalamnya.
Saya yang tak sabar nak upload gambar messenger bag ni sebenarnya :)
HARGA: RM45 (tidak termasuk penghantaran)

Baby Bua

Salam semua,

Baby Bua ni sebenarnya dah lama dijahit tetapi saya tidak berkesempatan untuk upload-kan ke blog ni. Jadi hari ini baru ada semangat. Menggunakan kain upholstery corak timbul berwarna peach ini, semua adalah sama cuma poketnya saya buat didalam agar design fabrik tidak terganggu. Dibahagian lining-nya pula saya menggunakan fabrik cotton lembut berwarna coklat lembut.
BABY BUA 02 - I IN STOCK READY FOR SHIPPING...AHOY!!
Baby Bua ni masih menggunakan wooden button sebagai closure-nya. Beg Baby Bua ini sangat sesuai untuk digunakan sebagai handbag, dibawa ke surau/mengaji dan juga dibawa ke kelas tuisyen. Sangat sesuai juga untuk anak-anak yang bersekolah rendah kerana boleh di bawa secara cross shoulder.

Thursday, May 27, 2010

BARU! Sophie handbag/car organizer



SOPHIE - HANDBAG/CAR ORGANIZER - 1 IN STOCK READY TO SHIP...AHOY!!
Salam semua...selepas membuat Baby Jue Tote organizer, saya semakin suka pula membuat organizer ni, nampak comel dan kecil aje saiznya. Sesuai untuk diletakkan di dalam handbag atau pun sebagai car organizer. Di bahagian luar terdapat 3 poket, 2 bellows pocket di satu bahagian dan di satu bahagian lagi ada satu poket lebar untuk letak surat-surat atau resit.
Hari ini saya nak perkenalkan produk baru little-iro-iro iaitu SOPHIE, the handbag/car organizer.
Di bahagian dalam pula terdapat 4 slot untuk pen dan 3 poket lain.
Handles-nya menggunakan webbing dan dijahit fabrik berbunga sama serta di alas dengan interfacing keras untuk mengekalkan handle tegak.
Kesemua bahagian badan organizer dialas dengan interfacing dan fabrik cotton canvas untuk mengekalkan bentuknya.
Fabrik luar menggunakan 100% cotton dan lining-nya menggunakan upholstery fabric berwarna kuning-beige.
Ukuran anggaran: 13cm (tinggi) x 24cm (panjang) x 10cm (lebar)
Harga: RM39 (tidak termasuk penghantaran)
*Kalau tak mahu letak dalam handbag pun takpe, boleh juga di letakkan di dalam kereta...senang nak cari kunci, handphone, wallet dan duit kecil untuk bayar tol...kan? hehe...
SELAMAT MENJAMU MATA!!

Wednesday, May 26, 2010

Custom made dan orders from Puan Zana

MOTHER'S DAY SET DAN FREE GIFT, BABY JAJA
Hi semua, hari ini saya dah pun poskan poslaju untuk Puan Zana and Mas, alhamdulillah, order daripada Puan Zana ni dah tertangguh dekat seminggu sebab saya menunggu kain dari Fabric Buffet, jadi penangguhannya memang tidak dapat dielak. Maaf ye, Puan Zana...stok kain di kedai kain di Dungun ni memang terlebih terhad :)

Jadi inilah dia order dari Puan Zana. set Mother's Day untuk ibu tersayang beliau (Nadiah dan Suraya), dua pencil case dan 3 Zanarin (uniseks wallet untuk kanak-kanak).
Hanna, pencil case ini ada 1 poket di bahagian dalam dan handle untuk senang nak bawa ke mana-mana, juga zip sebagai closure-nya. Harga bagi pencil case ni adalah RM12 (tidak termasuk penghantaran).
Yang ini pula Nadiah tetapi dilebarkan sedikit dalam 29cm atas request Puan Zana sendiri.


YANG BELAKANG SEKALI CUSTOM MADE NADIAH, DIIKUTI PENCIL CASE HANNA DAN JUGA FREE GIFT

Wallet Zanarin pula mempunyai 2 slot untuk letak kad (request dari Puan Zana sendiri, satu coin slot (Puan Zana, nanti saya akan buat coin slot macam yang Puan minta tetapi kurang kembung...masih memikir idea) Sebenarnya saya kurang gemar wallet dengan bias di sekeliling, nampak tebal...







Harga bagi Zanarin ialah RM13 (tidak termasuk penghantaran).

Puan Zana semestinya mendapat harga yang istimewa sebab Puan Zana memang setia menempah dari saya. Untuk Puan Zana juga hadiah free gifts-nya adalah baby jaja dan smaller version of Hanna. Harap Puan Zana berpuas hati dengan khidmat dan produk dari Little-Iro-Iro. Terima kasih, Puan.

Tuesday, May 25, 2010

Custom made BABY JUE TOTE ORGANIZER




Salam semua, amboi, lama sungguh saya tak upload post di sini. Penat perah otak membuat beg dan minggu-minggu yang sangat MALAS buat saya...sekarang ni mood dah kembali normal tetapi, tak larat pula sebab semakin sarat membawa baby :)




Inilah bag organizer untuk BABY JUE tote. Tote-nye saya tak buat lagi, tetapi, organizer-nya inilah dia. Organizer ni menggunakan fabrik bermotifkan baby yang diberikan khas oleh tuan punya, Mas. Kainnya soft cotton, jadi memang sarat dengan interfacing dan soft cotton untuk memberi ketebalan pada organizer ni.

Kecil aje organizer ni dan mempunyai 7 poket di sekeliling bahagian luar dan juga 1 poket besar di bahagian dalam. Di kiri dan kanan adalah untuk letak botol susu, dan ada 2 poket di satu bahagian dan 3 lagi di bahagian yang satu lagi. Saya juga menggunakan velcro sebagai lock-nya. Sememangnya tote organizer ini untuk baby bag, ya! Organizer untuk handbag akan menyusul akan datang!! Boleh request untuk tote-nya sekali, harga akan diberitahu nanti...



Saiz organizer ni adalah 26cm x 23 cm x 12 cm dan handles-nya dalam 20cm end-to-end.

Harga bagi organizer ini adalah RM48 (tidak termasuk penghantaran)





Terlupa pula ambil gambar untuk free gift...Mas juga request untuk buatkan sarung bantal baby, 3 helai semuanya...Thanks Mas for your order. By the way, Mas, sarung bantal tu saya guna pinking shear aje ends-nya sebab serger saya suka makan kain...maknanya selalu buat hal! Sorry ye, but still okay sebab fabrik tu bukan jenis berserabut...


Sunday, May 16, 2010

Lamanya tak update post...

Dah dua minggu saya tak update post. Dua minggu ni juga saya dijangkiti penyakit MALAS!!! Adoilah, berjangkit rupanya penyakit ni... (^.^)

Tapi, baru-baru ni saya dapat order yang agak banyak juga dari Puan Zana. Walaupun seronok tapi risau juga sebab tinggi bil Puan Zana hehe...Saya pula yang risau, jadi...saya gandakan free gifts untuk Puan Zana, biarlah berbaloi dengan pembelian, saya takut terletak harga tinggi, setidak-tidaknya dengan pemberian free gifts, harapnya ter-cover sikit harga yang tinggi tu...

Tak beranilah, takut riba', tamak, macam-macam bermain dalam fikiran saya...yang penting pelanggan puas hati sudahlah...Dan harapnya tuhan permurahkan rezeki saya dan keluarga lagi.

Buat Puan Zana, saya ingat nak hantar order yang mula-mula Puan order tu, tapi kesian pula kat anak-anak Puan yang mengharapkan posmen hantar barang untuk depa pula...so, saya akan speed-kan pembuatan agar dapat dihantar sekali...

Terima kasih Puan Zana...

Saturday, May 1, 2010

Baby Bua

BABY BUA 01 - AVAILABLE 1 IN STOCK - READY TO SHIP...AHOY!

BOLEH GALAS CROSS SHOULDER ATAU GALAS SEBELAH BAHU

LINING DAN FABRIK LUAR

CLOSURE-NYA

BELLOWS POCKET

Inilah versi kecil beg Thai yang paling famous di...err, Thailand...Rasanya kalau sesiapa yang pernah pergi Thailand, memang tak sah kalau tak beli beg Crossed Shoulder Sling Bag ni, kan?
Saya dah buat banyak beg ni untuk kegunaan anak-anak di rumah, memang sesuai untuk anak-anak sebab boleh diselimpangkan dan kurang menyusahkan untuk dibawa terutamanya ketika anak-anak keluar bermain.
Selain itu juga, boleh dibawa untuk mengaji di surau dan diisi telekung...
Memandangkan saya menggunakan kain berbunga-bunga, jadi yang ini sesuai untuk anak-anak perempuan. Menggunakan fabrik cotton lembut dan lining kosong juga lembut. Selain itu terdapat bellows pocket di bahagian luar dan mengekalkan ciri-ciri asal beg Thailand iaitu menggunakan butang kayu sebagai closure.
Saiz anggaran: 68cm (keseluruhan tinggi beg) x 32cm (lebar)
Harga: RM35 (tidak termasuk penghantaran) - harga mengikut kualiti kain yang digunakan
NOTA: Bukan sahaja sesuai untuk anak-anak, untuk anda pun sesuai juga (^.^). Nak request untuk anak-anak lelaki pun boleh juga, saya masih mencari-cari kain yang unik dan sesuai untuk anak-anak lelaki...
Credit to my daughter, Erisa sebab membantu visualisasikan beg ini. Thanks dear!

Suraya...

SURAYA 02 - AVAILABLE 1 IN STOCK - READY TO SHIP...AHOY!


Rupanya shellpouch Suraya ni memang nampak macam shell bila kita dah letak barang kat dalamnya...hehe...

Macam yang hari tu juga, ada pleats di kedua-dua belah bahagian bawahnya. Selain itu saya hiaskan dengan riben satin warna putih untuk menutup jahitan pleats. Suraya menggunakan fabrik cotton lembut dan liningnya menggunakan fabrik upholstery yang tebal. Kedua-dua belah fabriknya di-interface sepenuhnya, jadi lebih tebal dan lembut...


BAHAGIAN DALAM SURAYA


RIBEN PUTIH MENGHIASI DI BAHAGIAN BAWAH DAN DI BAHAGIAN ZIPNYA DIIKAT TALI COTTON DAN WOODEN BEAD SEBAGAI HIASAN

Saiz anggaran: 15cm (hujung zip ke zip) x 10cm (tinggi)

Harga: RM12.90 (tidak termasuk penghantaran)

Nadiah lagi...

NADIAH 03 -AVAILABLE 1 IN STOCK - READY TO SHIP...AHOY!
INILAH STITCHES POKET DALAM YANG SEPATUTNYA INVISIBLE, TETAPI, DISEBABKAN BANYAK YANG BERMAIN DI MINDA SEMASA MENJAHIT NADIAH NI MENYEBABKAN SAYA TAK BOLEH NAK BUKA BALIK JAHITANNYA...ALAHAI! JADI HARGANYA DI-REDUCE SIKIT


INI POKET BAHAGIAN DALAM DAN LINING YANG MENGGUNAKAN KAIN UPHOLSTERY YANG TEBAL DAN CANTIK

Saiz anggaran: 22cm (panjang) x 8cm ( lebar) x 13.5cm (tinggi)

Harga: RM26 (tidak termasuk penghantaran)

Selain Jaja ada juga Baby Jaja!

BABY JAJA 01 - SOLD


INILAH BABY JAJA DAN KAKAKNYA, JAJA


JAJA 03 - AVAILABLE 1 IN STOCK - READY TO SHIP...AHOY!!


Nak perkenalkan Baby Jaja! Baby Jaja ni lebih slim sikit dari kakaknya Jaja...Saiz masih sama cuma kelebaran yang berbeza.
Menggunakan fabrik cotton yang lembut dan lining upholstery yang tebal, kedua-dua di-interface sepenuhnya, jadi lebih tebal dan mengekalkan bentuknya. Anak-anak saya cukup suka bila lihat coin pouch ni (^.^)

Kedua-dua Jaja dan Baby Jaja ni adalah ready stock dan anda boleh tempah jika mahu menggunakan fabrik lain...


Ukuran anggaran untuk Jaja: 7.5cm (tinggi - segitiga sama) x 8cm (lebar)

Harga: RM12.90 (tidak termasuk penghantaran)

Ukuran anggaran untuk Baby Jaja: 7.5cm (tinggi - segitiga sama) x 4cm (lebar)

Harga: RM10.90 (tidak termasuk penghantaran)



BAHAGIAN DALAM BABY JAJA, SAYA GUNA PINKING SHEAR UNTUK HUJUNG FABRIK BAGI MENGELAKKAN BERSERABUT...MASIH MENCARI CARA SESUAI UNTUK MENGEMASKAN LAGI BAHAGIAN INI...HMMM...

ADA ATTACH RIBEN SATIN PADA ZIPNYA SEBAGAI HIASAN

Untuk promosi Hari Ibu dan Hari Guru

NADIAH 03 (kiri) dan SURAYA 02

Dua hari tak ada internet di rumah, bagus juga, dapat siapkan banyak produk...hehe...Di atas adalah set untuk Hari Ibu dan Hari Guru sama macam yang saya upload dua hari lepas. Nadiah dan Suraya.

Gambar Suraya di atas tu bila diisi memang nampak macam shell, kan? Kedua-dua pouch ni di interface sepenuhnya, lembut dan tebal.

NOTA: Nadiah di atas ni ada kecacatan sikit, entah apalah yang bermain dalam fikiran saya semasa buat pouch ni sebab saya sepatutnya letak poket pada awal pembuatan, tetapi terlupa mengakibatkan jahitan poket kelihatan di bahagian luar, jadi harganya di tolak sikit menjadi RM26 (tidak termasuk penghantaran). Cacat pun taklah teruk, cuma saya rasa saya perlu beritahu anda supaya lebih adil, kan? Gambar di bawah adalah 'kecacatan'nya itu...

Ukuran anggaran untuk NADIAH : 22cm (panjang) x 8cm (lebar) x 13.5cm (tinggi)

Ukuran anggaran untuk SURAYA : 15cm (lebar zip ke zip) x 10cm (tinggi)

HARGA PROMOSI UNTUK SET RM35 (tidak termasuk penghantaran)

NAK BELI BERASINGAN PUN BOLEH JUGA (^.^)