Please fill in the form for your order

Name:
Can we help you?
Email Address:
Contact No.
Mailing Address: (Product will be send directly to this address without further enquiry)
Orders and additional notes
Where did you hear about us?

Click here to create your own form.

Saturday, May 1, 2010

Untuk promosi Hari Ibu dan Hari Guru

NADIAH 03 (kiri) dan SURAYA 02

Dua hari tak ada internet di rumah, bagus juga, dapat siapkan banyak produk...hehe...Di atas adalah set untuk Hari Ibu dan Hari Guru sama macam yang saya upload dua hari lepas. Nadiah dan Suraya.

Gambar Suraya di atas tu bila diisi memang nampak macam shell, kan? Kedua-dua pouch ni di interface sepenuhnya, lembut dan tebal.

NOTA: Nadiah di atas ni ada kecacatan sikit, entah apalah yang bermain dalam fikiran saya semasa buat pouch ni sebab saya sepatutnya letak poket pada awal pembuatan, tetapi terlupa mengakibatkan jahitan poket kelihatan di bahagian luar, jadi harganya di tolak sikit menjadi RM26 (tidak termasuk penghantaran). Cacat pun taklah teruk, cuma saya rasa saya perlu beritahu anda supaya lebih adil, kan? Gambar di bawah adalah 'kecacatan'nya itu...

Ukuran anggaran untuk NADIAH : 22cm (panjang) x 8cm (lebar) x 13.5cm (tinggi)

Ukuran anggaran untuk SURAYA : 15cm (lebar zip ke zip) x 10cm (tinggi)

HARGA PROMOSI UNTUK SET RM35 (tidak termasuk penghantaran)

NAK BELI BERASINGAN PUN BOLEH JUGA (^.^)

No comments: