Please fill in the form for your order

Name:
Can we help you?
Email Address:
Contact No.
Mailing Address: (Product will be send directly to this address without further enquiry)
Orders and additional notes
Where did you hear about us?

Click here to create your own form.

Wednesday, March 31, 2010

Limited editions (fabric) series!


Hi all...Sebenarnya idea nak buat set ni tercetus semasa nak buat hadiah perkahwinan untuk kawan. Fabrik kain bunga ni cuma beli sikit aje (tapi, lebarnya dalam 90') jadi cuma ini aje yang boleh dibuat untuk kain bunga ni, mujur, ada kain creamy yang boleh match dengannya. Koleksi ni boleh dibeli set (dapat murah sikit!) atau pun secara berasingan. Tapi semua cuma ada 1 saja dalam stok. Jadi, jualannya siapa cepat dia dapat ye!

NADIAH 01

Okey, yang pertama nak perkenalkan produk koleksi Nadiah, boxy cosmetic pouch. Dalam ada satu open pocket, guna zipper untuk closure, ada 2 wooden beads diikat pada zipper sebagai aksesori tambahan. Interfacing digunakan untuk mengekalkan bentuk boxy-nya, berbanding dengan boxy pouch yang saya buat mula-mula dulu, yang ini adalah variasi tambahan.
Ukuran (anggaran): 22cm (lebar) x 13.5cm (tinggi) x 7cm (dalam)

Harga tetap sama RM25 (tidak termasuk penghantaran)




Di bawah ni pula ialah koleksi Nicky, pouch wristlet with drawstring. Tali drawstring menggunakan tali (macam tali jerami, tak tahu nama yang sebenarnya) kemudian diikat wooden beads untuk tujuan aksesori. Ada poket kecil di bahagian depan dan dihiasi novelty button (alley cats, dari button planet).

NICKY 01 (SOLD)






Ukuran (anggaran): 25cm (tinggi) x 22cm (lebar) x 4cm (dalam)
Ukuran poket: 13cm (tinggi) x 10cm (lebar)

Harga: RM22 (tidak termasuk penghantaran)

Produk seterusnya yang kat bawah ni adalah koleksi Katsarin, shoe bag (Japanese style), tapi kita di Malaysia ni, nak buat apa shoe bag cantik-cantik kan? Tapi nak buat letak kasut pun okey juga :) tapi yang ni boleh juga jadi pouch bag ala wristlet, saya guna d-ring untuk selit handle-nya, menggunakan interfacing untuk mengekalkan bentuknya dan juga novelty button (alley cats, button planet) sebagai hiasan.


KATSARIN 01




Ukuran (anggaran): 22cm (lebar) x 29.5cm (tinggi) x 4cm (dalam)

Panjang handle: 28cm - setelah dilipat 2 jadi 14 cm, sesuai untuk wristlet.

Harga: RM20 (tidak termasuk penghantaran)

Okay, panjangnya post kali ni, letih dah ni, yang bawah ni pula totebag, koleksi Farah. Simple aje totebag ni dengan patch style di bahagian luar, 2 d-ring di jahit pada handle-nya (1 d-ring on each side) Ada satu open pocket di dalam dan satu pen slot. Totebag Farah ni tidak menggunakan interfacing, jadi, agak lembut.

FARAH 01




Ukuran (anggaran): 30cm (tinggi) x 40cm (lebar) x 5cm (dalam)

Panjang tali: 46cm

Ukuran poket termasuk slot untuk pen: 28cm (lebar) x 16cm( tinggi)

Harga: RM23 (tidak termasuk penghantaran)

Yang di bawah ni pula ialah koleksi Nina, double tissue case. Saya letakkan interfacing supaya lebih keras dan menggunakan riben dan juga wooden beads sebagai aksesori untuk mengikatnya.

NINA 01



Ukuran (anggaran): 12.5cm (tinggi) x 19cm (lebar)

Harga: RM8.90 (tidak termasuk penghantaran)

Dan yang paling akhir sekali, ialah koleksi Jaja, triangular coin pouch. Saya attached tali dan wooden bead di zipper-nya untuk tujuan aksesori dan since yang ini design yang baru saya cuba buat, jadi tertinggal pula part handle-nya...hehe...

JAJA 01 (SOLD)

Ukuran (anggaran): 7.5cm tinggi - segi tiga sama

Harga: RM12.90 (tidak termasuk penghantaran)

Marilah bersama-sama menyokong produk handmade!

Happy surfing!

Tuesday, March 16, 2010

Little Missy wristlets


Hi, saya nak perkenalkan design baru pula. 8 buah beg yang comel ni dipanggil Little Missy wristlet, entahlah kenapa gamaknya namanya gitu, terpacul aje nama tu setiap kali nampak wristlet ni. My daughter suka wristlet ni, even saya juga suka bawa wristlet jenis ni jika ke kedai berdekatan rumah, senang, malas bawa handbag (tak minat pun, mungkin kerana kena kendong anak kecil lagi, so bawa handbag ni menyusahkan betul!)

LMW - 01 (SOLD)

LMW - 02 (AVAILABLE - 1 IN STOCK)

Okey, wristlet ni ada stitch on strap (dah nama pun wristlet, kena ada strap-lah, kan?), saya attached juga ribbon kecil kat corner bawah tu untuk tujuan perhiasan, nampak comel (bagi saya-lah) Emm, saya guna zip sebagai closure. Simple aje wristlet ni tapi sangat praktikal untuk dibawa ke mana-mana.
LMW - 03 (AVAILABLE - 1 IN STOCK)

LMW - 04 (AVAILABLE - 1 IN STOCK)
LMW - 05 (AVAILABLE - 1 IN STOCK)
LMW - 06 (SOLD)
LMW - 07 (AVAILABLE - 1 IN STOCK)
LMW - 08 SOLD
Harga seunit
RM12 (tidak termasuk kos penghantaran)

Saiz (anggaran)
14.5cm (L) x 15cm (T), tali- 26cm

Materials
Exterior
-Heavy cotton - LMW - 03 hingga LMW - 06
-Light cotton - LMW - 08
-Batik sarong - LMW - 01 dan LMW - 02
-Water proof fabric - LMW - 07

Interior
-Interfacing (all wristlets)
-Light cotton (all wristlets)
*semua unit cuma ada satu sahaja dalam stok

Saya juga menerima tempahan by dozen dengan harga yang lebih murah untuk semua hasil kerja tangan saya. Sudi-sudilah meng-emel saya di sketch.andsew@gmail.com, jika mahu membuat pesanan.
Terima kasih!

...yang ini pandangan dari depan setiap wristlet,

saya pilih satu design untuk tunjuk semua bahagian beg, ya!

...yang ini keseluruhan gambaran beg

(barangan yang dipamerkan tidak termasuk sekali dengan begnya ye, cuma tujuan perhiasan)

...yang ini gambar sisinya, saya suka letak riben bagi nampak macam label...hehe...

...menarikkan tepi beg tu? Saya suka design sebegini.

...yang ini saja nak tunjukkan strap-nya. Biar jelas gambaran begnya.

...yang ini nak tunjuk zip-nya, saya tambah riben yang kecil comel untuk senang nak buka dan tutup zipnya.

Sunday, March 7, 2010

Bangkok Street bag - BUA




SOLD

These are two designs for our Thai shoulder bag, I'm sure all of you familiar with this design. One of my favourite design bag. It's a cross shoulder bag with two pockets. One pocket on the exterior. Another pocket on the inside of the bag with velcro for closure.

The blue stripes bag is using cotton fabric and the black bag with red stitches detail is heavy cotton fabric. Both bags are lined with canvas fabric. As for the closure, I use a wooden button.




SOLD