Please fill in the form for your order

Name:
Can we help you?
Email Address:
Contact No.
Mailing Address: (Product will be send directly to this address without further enquiry)
Orders and additional notes
Where did you hear about us?

Click here to create your own form.

Wednesday, March 31, 2010

Limited editions (fabric) series!


Hi all...Sebenarnya idea nak buat set ni tercetus semasa nak buat hadiah perkahwinan untuk kawan. Fabrik kain bunga ni cuma beli sikit aje (tapi, lebarnya dalam 90') jadi cuma ini aje yang boleh dibuat untuk kain bunga ni, mujur, ada kain creamy yang boleh match dengannya. Koleksi ni boleh dibeli set (dapat murah sikit!) atau pun secara berasingan. Tapi semua cuma ada 1 saja dalam stok. Jadi, jualannya siapa cepat dia dapat ye!

NADIAH 01

Okey, yang pertama nak perkenalkan produk koleksi Nadiah, boxy cosmetic pouch. Dalam ada satu open pocket, guna zipper untuk closure, ada 2 wooden beads diikat pada zipper sebagai aksesori tambahan. Interfacing digunakan untuk mengekalkan bentuk boxy-nya, berbanding dengan boxy pouch yang saya buat mula-mula dulu, yang ini adalah variasi tambahan.
Ukuran (anggaran): 22cm (lebar) x 13.5cm (tinggi) x 7cm (dalam)

Harga tetap sama RM25 (tidak termasuk penghantaran)




Di bawah ni pula ialah koleksi Nicky, pouch wristlet with drawstring. Tali drawstring menggunakan tali (macam tali jerami, tak tahu nama yang sebenarnya) kemudian diikat wooden beads untuk tujuan aksesori. Ada poket kecil di bahagian depan dan dihiasi novelty button (alley cats, dari button planet).

NICKY 01 (SOLD)






Ukuran (anggaran): 25cm (tinggi) x 22cm (lebar) x 4cm (dalam)
Ukuran poket: 13cm (tinggi) x 10cm (lebar)

Harga: RM22 (tidak termasuk penghantaran)

Produk seterusnya yang kat bawah ni adalah koleksi Katsarin, shoe bag (Japanese style), tapi kita di Malaysia ni, nak buat apa shoe bag cantik-cantik kan? Tapi nak buat letak kasut pun okey juga :) tapi yang ni boleh juga jadi pouch bag ala wristlet, saya guna d-ring untuk selit handle-nya, menggunakan interfacing untuk mengekalkan bentuknya dan juga novelty button (alley cats, button planet) sebagai hiasan.


KATSARIN 01




Ukuran (anggaran): 22cm (lebar) x 29.5cm (tinggi) x 4cm (dalam)

Panjang handle: 28cm - setelah dilipat 2 jadi 14 cm, sesuai untuk wristlet.

Harga: RM20 (tidak termasuk penghantaran)

Okay, panjangnya post kali ni, letih dah ni, yang bawah ni pula totebag, koleksi Farah. Simple aje totebag ni dengan patch style di bahagian luar, 2 d-ring di jahit pada handle-nya (1 d-ring on each side) Ada satu open pocket di dalam dan satu pen slot. Totebag Farah ni tidak menggunakan interfacing, jadi, agak lembut.

FARAH 01




Ukuran (anggaran): 30cm (tinggi) x 40cm (lebar) x 5cm (dalam)

Panjang tali: 46cm

Ukuran poket termasuk slot untuk pen: 28cm (lebar) x 16cm( tinggi)

Harga: RM23 (tidak termasuk penghantaran)

Yang di bawah ni pula ialah koleksi Nina, double tissue case. Saya letakkan interfacing supaya lebih keras dan menggunakan riben dan juga wooden beads sebagai aksesori untuk mengikatnya.

NINA 01



Ukuran (anggaran): 12.5cm (tinggi) x 19cm (lebar)

Harga: RM8.90 (tidak termasuk penghantaran)

Dan yang paling akhir sekali, ialah koleksi Jaja, triangular coin pouch. Saya attached tali dan wooden bead di zipper-nya untuk tujuan aksesori dan since yang ini design yang baru saya cuba buat, jadi tertinggal pula part handle-nya...hehe...

JAJA 01 (SOLD)

Ukuran (anggaran): 7.5cm tinggi - segi tiga sama

Harga: RM12.90 (tidak termasuk penghantaran)

Marilah bersama-sama menyokong produk handmade!

Happy surfing!

No comments: